Jumaat, 18 Julai 2014

Muqaddimah Aqidah Muslimin..

akidah merupakan teras dalam kehidupan umat islam. Tanpa akidah umat islam akan jadi lemah, kalau dibandingkan dengan umat islam terdahulu. Umat islam hari ini mudah terpengaruh dengan fikrah- fikrah yang dibawa oleh musuh- musuh islam.

Bukan setakat itu, mereka juga telah menganggap pengertian akidah itu cukup dengan adanya pengetahuan mengenai rukun iman, cukup dengan percaya bahawa Allah yang menjadikan manusia dan rasulullah adalah pesuruh Nya, tanpa menghayati tuntutan dari keimanan itu.

Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa iman dan amal merupakan dua perkara yang amat penting, dua perkara yang beriringan dan tidak terpisah walaupun berbeza dari segi takrif. Kerana amal itu adalah hasil daripada i,am , dan iman pula tidak sempurna tanpa amal;. Ini telah dijelaskan oleh Allah , firmannya dalam surah anfal ayat 24.

Ertinya:
Sesungguhnya orang- orang yang beriman itu adalah hanya mereka yang apabila disebut nama Allah terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat- ayat Allah, bertambah iman mereka dan kepada Tuhan sahaja mereka bertawakal. Mereka mendirikan solat, berbelanja daripada pa yang Kami beri rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang- orang yang beriman dengan sebenarnya.

Penjelasan ayat ini sudah jelas kepada kita bahawa ianya daripada Deen Islam yang dibawa oleh Nabi Besar Muhammad saw.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan