Jumaat, 18 Julai 2014

Muqaddimah Aqidah Muslimin..

akidah merupakan teras dalam kehidupan umat islam. Tanpa akidah umat islam akan jadi lemah, kalau dibandingkan dengan umat islam terdahulu. Umat islam hari ini mudah terpengaruh dengan fikrah- fikrah yang dibawa oleh musuh- musuh islam.

Bukan setakat itu, mereka juga telah menganggap pengertian akidah itu cukup dengan adanya pengetahuan mengenai rukun iman, cukup dengan percaya bahawa Allah yang menjadikan manusia dan rasulullah adalah pesuruh Nya, tanpa menghayati tuntutan dari keimanan itu.

Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa iman dan amal merupakan dua perkara yang amat penting, dua perkara yang beriringan dan tidak terpisah walaupun berbeza dari segi takrif. Kerana amal itu adalah hasil daripada i,am , dan iman pula tidak sempurna tanpa amal;. Ini telah dijelaskan oleh Allah , firmannya dalam surah anfal ayat 24.

Ertinya:
Sesungguhnya orang- orang yang beriman itu adalah hanya mereka yang apabila disebut nama Allah terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat- ayat Allah, bertambah iman mereka dan kepada Tuhan sahaja mereka bertawakal. Mereka mendirikan solat, berbelanja daripada pa yang Kami beri rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang- orang yang beriman dengan sebenarnya.

Penjelasan ayat ini sudah jelas kepada kita bahawa ianya daripada Deen Islam yang dibawa oleh Nabi Besar Muhammad saw.


Rabu, 2 Julai 2014

suran an'am ayat 11-12

11. katakanlah (muhammad) jelajahilh bumi, kemudian perhatiknlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu.
12. katakanlah (muhammad) , milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi? katakanlah milik ALLAH. Dia telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri- Nya. Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi . orang- orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.

begitulah ayat cinta dari kekasih untuk kekasihnya, supaya jiwa- jiwa yang menginginkan cintaNya melihat kebesaranNya yakni semua ciptaan manusia dan kesudahan- kesudahan yang berlaku kepada mereka yang tidak beriman. Allah yang maha mengetahui, tersangat mengetahui apakah fitrah manusia yakni hambanya. Sebagai manusia, kita cenderung untuk melihat bukti- bukti untuk menambahkan keyakinan kita, justeru, Allah meninggalkan bukti- bukti atau bahan tinggalan umat- umat terdahulu supaya kita yang masih diberi peluang untuk hidup mengambil peringatan dan pengajaran agar tidak terjerumus ke lembah kerugian dan kehinaan..

Allah mengajak kita mengamati dan mengambil pelajaran serta peringatan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Ini kerana, kerana penyayang nya Allah subhanallah taala, mengutuskan nabi dan menurunkan al-quran supaya dapat menjadi petunjuk kepada sekalian manusia. orang mukmin yang bijak itu akan mengambil pelajaran apa yang berlaku disekelilingnya, bukan hanya menunggu terkena barulah mengambil pelajaran.

Hamba Allah: Hamba Allah: ziarah maqam ulama'

Hamba Allah: Hamba Allah: ziarah maqam ulama': Hamba Allah: ziarah maqam ulama' : alhamdulillah, semalam saya dan sahabat- sahabat saya berkesempatan menziarahi beberapa maqam ulama y...

Hamba Allah: ziarah maqam ulama'

Hamba Allah: ziarah maqam ulama': alhamdulillah, semalam saya dan sahabat- sahabat saya berkesempatan menziarahi beberapa maqam ulama yang berada di sekitar terengganu. Saya ...