Ahad, 22 Jun 2014

ziarah maqam ulama'

alhamdulillah, semalam saya dan sahabat- sahabat saya berkesempatan menziarahi beberapa maqam ulama yang berada di sekitar terengganu. Saya mendapat ilmu baru apabila diberitahu ustaz yang membawa kami menziarahi maqam, bahawa menziarahi maqam ulama' juga adalah salah satu daripada amalan menziarahi satu taman dari taman- taman syurga yang berada di sunia. Sebelum ini, saya hanya mengetahui hanya menghadiri majlis ilmu  adalah menghadiri satu taman dari taman- taman syurga yang berada di bumi. Allahuakbar..

Patutlah nabi kita Muhammad saw menyaranklan kita memuliakan ulama', kerana ulama' adalah waris nabi.. Mereka memahami islam dan menyebarkan serta mengajarkan islam kepada seluruh masyarakat, betapa besar jasa mereka dan bahgianya mereka kerana mereka menyambung risalah nabi muhammad saw. Dan sudah tentu sekali mereka mendapat tempat tang istimewa di sisi Allah swt.

Tiada apa yang terlebih kita inginkan selain daripada keredhaan Allah dan tergolong dalam kalangan hamba Allah yang Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah swt.. Subhanallah, itulah harapan yang sangat saya inginkan.

semasa menziarahi maqam, ustaz memberitahu kami akan adab- adab menziarahi maqam ulama':-
1) memberi salam
2)ucapan tahiyyat
3)selawat ke atas nabi
4)bacaan al-fatihah
5)doa

Saya juga sangat terkesan, apabila ustaz menceritakan kepada kami bahawa apabila kita memberi salam kepada ahli kubur apabila kita melalui kawasan perkuburan, semua ruh dalam kubur yang berada di situ akan bangun daripada kubur mereka. kemudian mereka semua akan menjawab salam orang yang memberi salam serta menyebut nama orang tersebut. masyaAllah, ramai yang mendoakan kesejahteraan ke atas kita..

pada asalnya nabi melarang kita menziarahi kubur, namun akhirnya nabi menggalakkan kita menziarahi kubur supaya lebih banyak mengingati mati dan melenyapkan kita daripada terlalu leka dengan perhiasan dunia yang terlalu menguji keimanan dan keyakinan kita kepada Allah..