Sabtu, 17 Mei 2014

Subur dengan Syukur

apakah maksud subur..
subur adalah tumbuh dengan segar dan sihat
apakah mula dimaksudkan dengan syukur..
syukur adalah satu perbuatan baik yang dibalas dengan perbuatan baik.


surah ibrahim ayat 34..
apabila kita melihat terjemahan ayat ini, kita akan dapati dan memahami bahawa dengan mensyukuri nikmat Allah' Allah akan menambahkan lagi nikmatnya.

Namun tidak ramai manusia yang bersyukur kepada Allah subhanallah atas pelbagai nikmat yang telah Allah anugerahkan kepadanya. saya memilih tajuk subur dengan syukur kerana ia sangat berkait rapat dalam kehidupan kita. apabila kita menjadi seseorang yang bersyukur kepada Allah, kita akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia. begitu juga sebaliknya, jika kita tidak bersyukur, kita akan merasakan apa yang kita perolehi tidak mencukupi dan jiwa tidak menjadi tenang kerana keinginananya selalu tidak kesampaian.

Begitulah contoh teladan yang telah ditunjukkan kmepada kita oleh junjungan besar nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Baginda adalah hamba yang paling bersyukur, sepertimana kisah masyhur yang kita biasa dengar, tumit nabi bengkak- bengkak dek kerana sibuk beribadat kepada Allah. apabila ditanya oleh isterinya kenapa sampai macam tu sekali beribadat kepada Allah sedangkan nabi adalah maksum. Nabi menjawab, salahku menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah..

oleh itu, marilah sama- sama kita semua mendidik diri menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah subhanalllah. Kenapa kita perlu bersyukur..???

1. Allah subhanallah taala memerintahkan hambanya supaya bersyukur kepadanya.
2. Untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad yang mengajarkan kita menjadi hamba yang bersyukur.
3. Menambahkan nikmat Allah kepada kita, kerana apabila bersyukur Allah akan menambahnya lagi.
4. Menjauhkan diri daripada musibah, ini kerana apabila melakukan kebaikan, kita akan dihindari bala bencana

cara bersyukur; sama da dengan hati, lisan dan perbuatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan